Asal usul Langkawi


Langkawi merupakan salah satu daripada daerah dalam negeri Kedah darul aman, Pulau Langkawi di beri status bebas cukai pada tahun 1987. Kini Pulau Langkawi kaya dengan keindahan alam semula jadi dan lagenda masa silam ini telah menjadikan langkawi begitu unik.Pulau langkawi merupakan salah satu pulau terbesar dari 99 gugusan pulau di sekitarnya

Nama Langkawi ialah kombinasi antara 'lang' dan 'kawi'di ambil daripada perkataan bahasa melayu iaitu helang.Pada masa dulu dikatakan langkawi menjadi tempat tinggal sejumlah burung helang kawi,kawi beerti merah hati, ini kerana helang mempunyai bulu merah hati dan berkepala putih.Kawi juga beerti tulisan kawi yg digunakan oleh masyarakat tradisi hindu jawa.Kawi juga merupakan sejenis batu kawi yang turut terdapat di langkawi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan